Saturday, April 24, 2010

pilihan raya kat malay sia..

aku hidup kat malaysia ni selama hampir 20tahun 4 bulan..
aku tak pernah sekali keluar dari bumi bertuah ni.walaupun aku duk kt jb. singapore pun aku tak pernah sampai.hmm.. aku tak de lar mahir sangat dengan politik2 ni tapi aku memang minat sejarah. selalu subjek yg meninggikan nombor aku dalam kelas adalah sejarah. hmm..
aku tak paham satu benda,setiap kali pilihan raya kecil, mesti tempat pilihan raya tu akan jadi famous.. lagi famous dari kampung aku yang kena banjir paling teruk dalam masa seratus tahun kat JOHOR. Tetibe semua masalah kat kampung tempat tu selesai. macam2 dana masuk.macam2 orang yang tiba2 muncul entah dari mana menabur janji itu ini dan selesaikan semua masalah orang kat situ.
yang mana longkang tersumbat bertahun-tahun, yang mana rumah retak semuanya boleh settle tak sampai seminggu semasa kempen dijalankan padahal sebelum tu ketuk pintu pejabat sampai nak runtuh pun, belum tentu ada orang nak peduli..hmm.. dasar politik..
Aku tak menangkan mana2 parti, sebab aku tak ada niat nak pergi mengundi bila aku dah layak nanti.. maaf,malaysia.. Cuma aku pelik, kalau dah semua tv asyik menangkan satu pihak camane pihak yang len nak berkempen dengan adil. semua parti B je yang betul. yang jahat mesti parti P je. yang rasuah yang merusuh semua dari P. logik ker? kalau tanya aku, aku rasa tu semua komplot. waktu nak pilihan raya ni lar berderet-deret orang nak keluar parti. kalau betul2 dah tak percayakan politik kenapa nak seberang masuk parti B pulak. dah dulu awak lah orangnya yang mengutuk orang2 di parti B. kalau betul nak berbakti pada rakyat apa salah kalau awak masuk bertanding jadi calon bebas jer?!
"Saya janji sekolah ni akan dapat dana 3JUTA, esok saya boleh buat surat tapi ni kalau parti SAYA MENANG." ni bukan rasuah ker? mak aku kata bukan. sebab kalau rasuah de tak kan cakap terang2 dalam tv. hmmm.. sangat bengong..oopz. salah sangat membingungkan. kalau ni bukan rasuah jadi apa?? upah? ganjaran? ke saguhati?

Akhir sekali aku tulis entry ni bukan bnak sokong atau hasut sapa.. ni cuma senario malaysia setiap kali ada plihan raya kecil. SETUJU?

No comments:

Post a Comment