Tuesday, July 28, 2009

kebenaran Yasmin Ahmad?


Lepas bangun dari tidur yang cukup di waktu petang(waktu yang sepatutnya aku guna untuk siapkan assignment mekanik bendalir)tiba-tiba aku rasa seperti mahu menghabiskan kredit yang ada.I grab my phone and start calling a friend who studying in Uitm Sarawak(ms U).

Aku: U,kau dah view blog aku? pasal Yasmin Ahmad tu lelaki?
ms U:dah,tapi dia bukan lelaki lar.dia khunsa.sebab tu lar dia boleh kahwin.Tak baik lar siapa yang cakap dia lelaki.
Aku:owh,ye ke? aku tak taw.ok lar nanti aku tukar statement kontroversi itu.

Terima kasih lar kepada ms U atas informasi yang sangat berguna dan memberi idea untuk post aku yang seterusnya.

yasmin ahmad seorang khunsa.Dan bukan seorang lelaki yang berubah menjadi perempuan.Alhamdullillah.Menjadi seorang khunsa jauh lebih baik dari seorang transeksual.FYI,Yasmin Ahmad telah berkahwin dengan Abdullah Tan Yew Leong.
hmm..act,korang taw ke khunsa itu macam mana sebenarnya.Khunsa itu seorang manusia yang punya dua jantina.Dia boleh memilih untuk jadi salah satu daripadanya. Kalau satu masa dulu Yasmin Ahmad adalah seorang lelaki bernama Zulkifli Ahmad.Mungkin apabila beliau semakin matang dia semakin mengenali dirinya dan mengetahui apa yang di inginkanya.Baguslah kerana cuma kita saja yang mampu tahu,kenal dan peka siapa diri kita.Muga kita juga berani untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik di masa depan.Akhir kata, muga Yasmin Ahmad berbahagia di sana.
Hidup umpama sekolah tiap hari kita belajar benda yang baru.Renung-renungkan dan selamat berbelog.
till next post +_=


Sunday, July 26, 2009

anak seni meninggal




yasmin ahmad (YA) meninggal dunia.
26 July09.Seorang lagi anak seni Malaysia yang begitu kreatif dan berjiwa besar pulang ke rahmatullah.aku turut bersimpati atas pemergian beliau.filem-filem arahan YA merupakan fav movies aku.(Sepet,Gubra n Mukhsin.Talentime tak tengok lagi..)walaupun tak ramai yang faham dan suka filem-filem dia.tapi bagi aku dia mempunyai talent yang besar dalam bidang seni.
seorang lagi anak seni yang kehilanganya amat dirasai adalah Loloq@Rosli Khamis.Lagu-lagu dia sangat mendalam maksudnya dan puitis.tak macam lagu lately.(aku tak percaya cinta. C.I.N.T.A!)Lagu-lagu seperti Doa Dalam Lagu,Adam Dan Hawa,dan Aduh Saliha jauh lebih berkualiti liriknya.

Namun selepas insan-insan ini pergi(tak kan kembali) ada perkara yang aku kesalkan.Keluar gambar dan cerita yang mengtakan YA adalah seorang lelaki.Mereka persoalkan halkumnya.Ada yang mengatakan YA sering berbaju kebaya untuk menampakkan kefemininnannya(ejaan salah kot?).Aku pun tak pasti.Ada gambar yang membukti kan YA sebagai lelaki.google lah kalau anda ingin mendapatkan kepastian.
Loloq bertindik di telinga.Dulu orang kata dia selalu nampak bangga dengan anting-antingnya itu.tapi sebelum Loloq meninggal dia pernah pergi umrah dan dia dah tak pakai anting-anting lagi.Tapi tindikanya masih belum bercantum kembali.

Sebagai seorang yang sukakan seni dan seorang islam aku harap mereka akan bahagia di kedua-dua dunia.Aku harap kalau betul YA seorang lelaki dan Loloq masih bertindik,mereka sempat memperbaiki diri sebelum di panggil kembali. InsyaAllah. Al-fatihah.

till next post ^_^

Saturday, July 25, 2009

silent is d best thing to do?







silent is the best thing to do.


Ye ke? aku selalu menghadapi situasi macam ni.nak cakap salah tak cakap salah.korang penah lalui benda yang sama? tapi kalau kita diam maknanya kita setuju dengan apa yang dikatakan.walaupun dalam hati kita meronta-ronta marah.tapi dalam hati je lar.




Dari apa yang aku perhatikan kalau satu pasangan bergaduh,lelaki selalu diam sebab malas nak mengkeruhkan keadaan.Dan kalau perempuan diam mungkin kerana tak cukup yakin nak menyuarakan pandangan mereka(walaupun agak jarang berlaku).Tapi bagi aku yang single ni,aku selalu diam untuk elak dari pergaduhan.Bila aku cakap gaduh,bukan maksudnya bertumbuk.gaduh secara maya lar.jeling jeling sket.biasa lar orang pompuan.


tapi kalau diam je selalunya hati kita sendiri yang sakit.Berbaloi ke kita sakitkan hati kita untuk jaga hati orang lain.Hmm..Aku pernah membincangkan isu ni ngan roomate ku,ms H.




Aku :aku rasa cam plastik lar aku ni.



ms.H :napa?



Aku :bile ada probz ngan kawan kawan aku,ak selalu ya kan je even sebenarnya dlm hati aku berasap,tak puas hati.tapi aku still diam je sebab ak tak nak bergaduh.tak nak hilang kawan,H..


ms.H:kalau ko kne jadi plastik sebab nak berkawan,baik tak payah kawan.baik kau jadi orang yang sunyi dari kau jadi plastik yang hipokrit.



Hmm..aku betul-betul konfius.Berbaloi ke hilang kawan semata-mata nak jaga hati sendiri @berbaloi ke lukakan hati sendiri semata-semata nak berkawan.

rening-renungkan dan selamat berpikir.






till next post..+_+
















1st time

salam..
ni first time ak menulis untuk blog ni. tujuan aku create blog ni sebab aku jeles kawan kawan aku ada blog masing2. mungkin awal-awal ni aku punya blog tak menarik sangat. tapi aku kan berjanji memberikan korang hobi baru. iaitu membaca blog aku..^-^
selamat ber-blog..